InspirasiSemasa

Pegawai JAKIM, Dr Amru Al Haz dipilih pimpin solat Tarawih di Universiti Oxford

PUTRAJAYA : Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Negeri Sembilan Dr Amru Al Haz Adnan dipilih sebagai seorang imam solat tarawih di Pusat Islam, Universiti Oxford, United Kingdom (UK) sepanjang Ramadan ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pemilihan pegawainya itu disifatkan sebagai satu penghargaan besar buat jabatannya.

Menurutnya, Dr Amru adalah bekas Imam Besar Masjid Negara yang mendapat pendidikan di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor dan juga lulusan ijazah sarjana muda di Universiti Al Azhar, Mesir dan Universiti Malaya (UM) peringkat Ijazah Sarjana serta Doktor Falsafah (PhD) pernah menjadi pensyarah di Darul Quran.

“Program penghantaran imam Ramadan dan Aidilfitri ini diadakan menerusi kerjasama Jakim dan Pusat Islam Oxford hasil inisiatif dan persetujuan bersama felo Pusat Pengajian Islam Oxford Datuk Dr Afifi Al Akiti.

“Program ini adalah satu pencapaian dan pengiktirafan universiti terbaik dunia itu kepada Jakim dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di peringkat antarabangsa,” katanya menerusi Facebook rasmi JAKIM.

Selain itu, Amru Al Haz yang juga bekas Timbalan Imam Besar, Masjid Negara turut diminta menjadi tenaga pengajar asas tahfiz al-Quran di universiti terkenal dunia tersebut sepanjang tempoh berkenaan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button