NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyatakan rasa terkejut dengan tindakan pengganas israel memukul orang dengan zalim di masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, menurut jurucakapnya hari ini.
Tular video seorang wanita Palestin dipukul oleh tentera zionis israel di Al-Aqsa #israelBiadap pic.twitter.com/BS7oTxaGA0
— Ummah Today (@ummah_today) April 6, 2023
Stephane Dujarric, jurucakap kepada Setiausaha Agung PBB berkata ‘keganasan dan tindakan memukul’ di dalam tapak suci itu menyedihkan lebih-lebih lagi dilakukan dalam bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi masa untuk keamanan tanpa kekerasan.
“Tempat ibadat hanya boleh digunakan untuk menjalankan ibadah secara aman,” katanya.
Dalam sidang media sama Pemerhati Tetap PBB, Riyad Mansour berkata, PBB dan beberapa jawatankuasa Islam lain mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel.
Dalam kejadian pada Rabu, tentera Israel tidak hanya menyerang umat Islam di dalam kawasan masjid malah turut melancarkan serangan di tanah Palestin.
Setakat ini Mesir, Jordan, Amerika Syarikat (AS) dan PBB sedang berusaha mententeramkan keadaan.
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu juga menyatakan perkara sama namun masih belum ada penyelesaian tuntas.
Menurut laporan pihak perubatan, sekurang kurangnya 50 orang cedera dalam serangan ganas penjajah rejim israel.