PalestinSemasa

PBB kutuk israel bunuh kanak-kanak Palestin

ANKARA: Tor Wennesland, Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Proses Keamanan Asia Barat pada Isnin mengutuk pembunuhan seorang kanak-kanak Palestin oleh tentera israel.

“Saya mengutuk dan amat sedih dengan kematian seorang budak lelaki Palestin berusia 2 tahun, yang cedera parah akibat tembakan pasukan keselamatan israel di Al-Nabi Saleh,” lapor media Anadolu yang memetik Tor Wennesland di platform Twitter.

Mohammed Al-Tamimi, kanak-kanak berusia 2 tahun korban terbaharu tentera israel


“O
rang awam, khususnya kanak-kanak terus menanggung beban konflik ini”  tegas beliau dan menggesa pihak berkuasa israel supaya mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab.

Awal hari ini, Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan kematian Mohammed Al-Tamimi, 2, yang cedera parah pada Khamis apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta di bandar Nabi Saleh dekat Ramallah. Bapanya juga cedera dalam serangan itu.

Tentera Israel menuduh, siasatan awal menunjukkan dua lelaki Palestin yang kononnya bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah penempatan berhampiran menyebabkan tentera israel bertindak balas.

Tentera mengaku tersalah tembak kanak-kanak itu dan kesal telah memudaratkan mereka yang bukan pejuang dan berusaha untuk mencegah kejadian seperti itu.

Bapa kanak-kanak itu menafikan naratif israel dan mendakwa tidak belaku berbalas tembak di kawasan itu, sebaliknya menegaskan tentera israel terus melepaskan tembakan ke arah keretanya.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat yang dicerobohi sejak beberapa bulan kebelakangan ini di tengah-tengah serbuan berulang israel ke bandar-bandar Palestin.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button