NEW YORK : Seluruh dunia cakna akan kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh tentera Zionis terhadap Palestin hampir tujuh dekad.
Biarpun suara dunia sudah bangkit menggesa Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalankan tugas yang sepatutnya iaitu mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
Namun, tampak matlamat PBB gagal dilaksanakan sebaiknya.
Pemimpin Palestin dan Israel kini saling merayu untuk mendapatkan sokongan ketika sesi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.
Namun, keputusan majlis itu masih tidak berjumpa titik noktah, lebih keruh apabila China mendakwa Amerika Syarikat (AS) cuba melakukan dasar halangan sehingga PBB belum memberi kata putus untuk berpihak antara Palestin atau Israel.
Sehingga kini tidak banyak tindakan boleh dilihat pada sesi itu di tengah-tengah keganasan yang kian meningkat di Semenanjung Gaza, AS yang juga sekutu rapat Israel cuba menangguhkan lagi majlis itu.
Majlis Keselamatan mengadakan mesyuarat awam buat pertama kali biarpun setelah hampir seminggu pergolakan berlaku di Gaza yang sudah meragut kira-kira 200 nyawa.
Menurut Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, beliau menyatakan pertempuran antara Palestin dan Israel itu ‘sangat mengerikan’, lantas mendesak pejuang Hamas menghentikan sebarang pelancaran roket ke atas Israel, begitu juga dengan Israel untuk berhenti apa-apa serangan udara besar-besaran di Semenanjung Gaza.
“Pertempuran perlu dihentikan. Ia perlu dihentikan dengan segera. Ia berpotensi untuk menyebabkan krisis keamanan dan kemanusiaan yang tidak dapat diuruskan dan berlanjutan bukan hanya di wilayah Palestin yang dijajah dan Israel, tetapi di wilayah itu secara keseluruhan,” – Antonio Guterres/ Setiausaha Agung PBB
Dengan merujuk jumlah mangsa dalam kalangan penduduk awam, Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki, menuduh Israel dalang ‘kejahatan perang’ dan ‘apartheid’, iaitu gelaran yang dinafikan Israel.
“Bertindak sekarang untuk akhiri pencerobohan dan serangan terhadap orang kami, rumah kami, tanah kami. Bertindaklah sekarang supaya kebebasan dapat berlaku dan bukannya apartheid,” – Riyad al-Maliki/ Menteri Luar Palestin
Al-Maliki tegas menyuarakan bahawa Israel perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu dan menganggap mereka sebagai ‘kuasa penjajah’.
Tambah beliau, Israel sering berkata, letakkan dirimu dalam kasut kita. Tetapi Israel tidak memakai kasut. Mereka memakai kasut tentera.
Pada sesi yang dijalankan secara maya itu, China selaku Presiden Majlis Keselamatan mendakwa AS menyekat usahanya untuk mengambil ‘tindakan kuat’ dan menjemput Israel dan Palestin untuk berunding.
“Malangnya, hanya kerana halangan satu negara, Majlis Keselamatan belum dapat bercakap dengan satu suara. Kami meminta AS untuk memikul tanggungjawab sepenuhnya,” kata Menteri Luar China, Wang Yi. – AFP
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom
__________________________
Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.
MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke
https://www.billplz.com/tabungkilatgaza
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini