PUTRAJAYA : Bermula hari ini, pautan janji temu baharu dos kedua bagi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) akan dihantar ke aplikasi MySejahtera secara berperingkat.
MySejahtera dalam satu ciapan di Twitter berkata, ia dihantar berdasarkan sela masa (interval) antara dos pertama dan kedua mengikut jenis vaksin.
Pautan janji temu baru dos kedua PICKids akan dihantar ke aplikasi MySejahtera secara peringkat berdasarkan sela masa (interval) antara dos pertama dan kedua mengikut jenis vaksin, bermula pada 21 Mac 2022 (Isnin) (1/2) pic.twitter.com/XM5yyEAZkQ
— MySejahtera (@my_sejahtera) March 20, 2022
“Pemilihan Pusat Pemberian Vasin (PPV) boleh dibuat menerusi pautan janji temu PICKids mengikut masa dan tarikh kelapangan anda,” menurut ciapan tersebut.
Berdasarkan lampiran gambar yang dimuat naik, sela masa bagi dos kedua Pfizer adalah lapan minggu selepas dos pertama manakala bagi Sinovac pula, sela masa empat minggu selepas dos pertama.
“Pautan janji temu akan dihantar lebih kurang dua minggu sebelum tarikh dos kedua diberikan.
“Sebagai contoh, dos pertama vaksin Pfizer diambil pada 1 Mac dan pautan janji temu dihantar pada 12 April, manakala tarikh dos kedua pada 26 April,” berdasarkan maklumat tersebut.
Dalam pada itu, janji temu untuk tanggungan anda yang sedia tertera di MySejahtera akan dibatalkan bagi mereka yang ada tarikh janji temu dos kedua di PPV yang telah ditutup,
Satu pautan janji temu akan dihantar ke MySejahtera anda bagi memudahkan pemilihan lokasi PPV, tarikh dan masa baharu mengikut kelapangan.
– AGENSI