JABLEH : Agensi berita negara Syria SANA melaporkan bahawa paramedik berjaya menyelamatkan seorang ibu dan dua anaknya dari bawah runtuhan bangunan di bandar pantai Jableh pada lewat hari Jumaat, hari kelima selepas gempa bumi melanda Turkiye dan utara Syria.
SANA melaporkan, tiga mangsa yang terselamat ialah Duha Nurallah, 60, anaknya Ibrahim Zakariya, 22, dan anak perempuannya Rawiya, 24.
đčđ Rescatados con vida tras estar atrapados durante 5 dĂas debajo de los escombros⊠La siria Duha Nour Allah y su hijo Ibrahim Zakaria, junto a otro hombre, son sacados de debajo de un edificio colapsado por el terremoto en Jableh/Siria
https://t.co/IiaSQlAB5f pic.twitter.com/tLVQABgvJ1— SANA en Español (@Agencia_Sana) February 11, 2023
Walaupun pakar mengatakan orang yang terperangkap boleh hidup sehingga seminggu atau lebih, peluang untuk mencari mangsa yang terselamat semakin malap.
Mereka bertiga segera dibawa pergi dengan menaiki ambulan.
Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan walaupun mempunyai banyak halangan seperti cuaca sejuk yang melampau.
Mangsa yang terselamat pula, kebanyakannya kehilangan tempat tinggal dan cuaca yang sejuk serta bersalji boleh mengakibatkan maut.
MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE â SYRIA
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye â Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia