DuniaSemasa

Pasukan penyelamat dari China ke Turkiye bagi misi menyelamat

DUBAI: Pasukan mencari dan penyelamat dari China, Blue Sky Rescue (BSR), seramai 82 anggota ke Turkiye bagi membantu mangsa gempa bumi di sana.

Wartawan Ummah Today dan delegasi MAPIM Malaysia yang diketuai [Dr] Sani Araby Al-Kahery berada dalam penerbangan yang sama dengan pasukan SAR China di Lapangan Antarabangsa Dubai ke Turkiye dalam perjalanan membantu serta menyantuni mangsa gempa Turkiye-Syria.

Suasana di Balai Berlepas Lapangan Terbang Dubai

“Misi bantuan search & rescue pasukan BSR dijangka mengambil masa operasi sekitar 15 hari di Turkiye bagi membantu mangsa gempa di sana,” menurut salah seorang anggota mereka.

Seramai 82 anggota itu dihantar oleh Kementerian Pengurusan Kecemasan, atas permintaan kerajaan Turki.

Wartawan Ummah Today bersama anggota dari Blue Sky Rescue (BSR)

Pasukan itu terdiri daripada kakitangan dari kor bomba dan penyelamat Beijing, Perkhidmatan Sokongan Tindak Balas Gempa Bumi Kebangsaan serta Hospital Besar Kecemasan di Beijing dengan membawa bersama peralatan menyelamat.

Korban gempa Turkiye-Syria kini terus meningkat dan angka kini melebihi 9,000 orang serta beribu-ribu lagi cedera dan hilang tempat perlindungan.

MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button