PALESTIN : Pasukan khas Israel, Nahshon, menyerang seorang tahanan wanita Palestin dengan kejam semasa dia dipindahkan oleh Bosta, kata Persatuan Tahanan Palestin (PPS) dalam satu kenyataan pada Khamis.
Bosta ialah kenderaan pemindahan penjara Israel di mana tahanan Palestin akan digari sepanjang perjalanan pergi dan balik dari mahkamah ataupun klinik.
Beberapa banduan menyifatkan tingkap kenderaan yang gelap itu sebagai “kubur” manakala yang lain berkata bahawa ia sebenarnya sel mudah alih dengan kerusi logam yang hampir tidak boleh memuatkan seorang dalam keadaan duduk.
PPS telah mengutuk serangan kejam itu dan pihak mereka berkata serangan sedemikian jelas menunjukkan penderitaan yang dialami tahanan wanita Palestin di penjara Israel.
PPS menambah bahawa tahanan Palestin di penjara Rimon Israel dan penjara-penjara lain telah memutuskan menutup bahagian tersebut sebagai protes terhadap serangan banduan wanita itu, dengan mengatakan langkah selanjutnya akan diambil.
Pasukan Nahshon merupakan ‘pasukan khas’, yang mempunyai pakaian seragam mereka sendiri, termasuk askar yang terlatih dan berpengalaman.
Tugas utama unit termasuk memindahkan banduan, dari satu penjara ke penjara lain, atau dari mahkamah ke penjara, serta memindahkan banduan yang sakit dan mengawal penjara.
Unit ini digunakan khusus untuk mengawal banduan.
Unit khas akan menyerbu penjara, menggunakan kekerasan yang berlebihan dengan membaling bom gas pemedih mata di dalam bilik tertutup dan juga menembak peluru getah ke arah banduan.
Unit khas itu dianggotai askar Israel bersama anjing mereka, menggeledah bilik, merosakkan dan merampas barang milik banduan
Kadangkala, kecederaan dilaporkan di kalangan banduan selepas serbuan kejam itu dilakukan.
Terdapat 4550 rakyat Palestin yang ditahan di penjara pendudukan Israel, termasuk 32 wanita, 170 bawah umur, dan 500 tahanan pentadbiran yang ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan.
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today