KemanusiaanSemasaSyria

Pasrah, pelarian Syria bermalam dalam khemah yang basah, dan bertilam sejuknya tanah!

110 khemah dinaiki air, 50,000 pelarian terjejas

PINGGIR IDLIB : “Apa lagi pilihan yang kami ada, selain menempuh banjir ini yang merosakkan barangan dan tempat tidur kami”

Jalanan yang becak tanpa saliran yang sistematik menimpa nasib 50,000 orang pelarian tanpa negara apabila khemah mereka dinaiki air sejak hujan dalam tempoah 48 jam lalu.

110 buah khemah di khemah pelarian di pinggir Idlib, dinaiki air selepas hujan tanpa henti sejak kelmarin.

Menurut Timbalan Rantau Penyelaras Kemanusiaan Krisis Syria PBB, Mark Cutts, dana kecemasan diperlukan segera untuk mempertingkatkan kemudahan di khemah berkenaan dan mengeluarkan mangsa pelarian ini daripada keadaan hidup yang amat dahsyat.

Kebanyakan mereka meninggalkan rumah masing-masing selepas rejim Bashar Assad meneruskan tindakan ketenteraan memaksa rakyatnya meninggalkan Syria dan menghuni sempadan Turki-Syria yang lebih selamat, namun diancam cuaca buruk.

PIc :UN for Syria Crisis
PIc :UN for Syria Crisis

Tambah Cutts, khemah baru bukan jalan penyelesaian bagi masalah pelarian ini, sebaliknya kata beliau, penduduk asal Syria  mahukan perang saudara itu dihentikan supaya mereka dapat kembali ke rumah mereka.

Bagi Ali Hamad, salah seorang penghuni di khemah pelarian Kafarouk di Idlib, hanya pasrah dengan keadaan terkini  di persekitaran khemah berkenaan.

“Apa lagi yang saya boleh buat, hanya melalui kesukaran ini dan tempuhi apa yang dilalui lebih sembilan tahun lalu”

“Kami tinggalkan rumah kami  dan tanah pertanian kami sudah sewakan, tiada siapa yang membantu kami”

Saat ini tambahnya, penduduk perkhemahan pelarian itu, sedang bertungkus-lumus mengeluarkan air dan lumpur dari khemah yang diduduki mereka.

“Kami tiada tempat hendak ke mana, khemah kami dah banjir”

Apalah lagi yang boleh dilakukan Nisrin Kaddour, selain menerima nasib dia bersama-sama lima orang anaknya yang tiada tempat bermalam.

“Semua barangan kami basah, tiada pakaian untuk kami. Selimut memanaskan kami juga tiada lagi, anak pula sakit.”

Kaddour merayu Pertubuhan Bukan Kerajaan membantu mereka yang amat memerlukan.

Dailysabah.com berkata Pengarah Koordinasi Tindakan Syria, Mohammad Hallaj, yang mengumpul data migrasi berkata, setakat ini 108 buah khemah musnah dalam kejadian banjir selama 48 jam itu.

Banjir bukan masalah utama, namun kesejukan yang menggigit tulang belulang adalah musuh utama mereka.

Kini dengan khemah yang rosak, mereka mencari-cari ruang dan barang untuk dikorbankan menjadi bahan pembakar memanaskan badan mereka pada malam hari.

Pelarian membakar baju-baju lama mereka, fabrik nylon dan plastik untuk api dapat menyala lebih lama dan memanaskan tubuh dingin mereka.

Tiada pilihan, mereka berjuang untuk hidup walaupun kesan bahan bakar itu yang tidak elok bagi sistem pernafasan seperti asma dan paru-paru.

Bukan itu sahaja ancamannya, api yang dijadikan kawan juga menjadi lawan kepada pelarian-pelarian ini apabila sedkit saja tersilap ia menyebabkan mudarat lebih besar iaitu kebakaran di khemah mereka tinggal.

Faktor kedekatan di antara khemah-khemah serta kanvas yang menjadi dinding rumah mereka mudah terbakar.

Mei tahun lalu menyaksikan tujuh kejadian kebkaran dalam tempoh sebulan di khemah di sempadan Turki-Syria itu, dengan dua korban nyawa.

Kejadian salam juga berlaku di Deir Hassan, utara Idlib, dengan 20 khemah rosak dijilat api.

Gencatan senjata yang rapuh disokong Rusia dan Moscow pada Mac tahun lalu, tidak memberi kata penamat kepada serangan rejim Bashar memaksa rakyatnya takut untuk kembali menghuni petempatan yang ditinggalkan lebih sedekad lalu, sebaliknya memilih tinggal di khemah-khemah pelarian.

Syria, mengalami kedahsyatan teruk akibat perang, malah penindasan yang kejam terhadap penunjuk perasaan pada tahun 2011 itu menyebabkan lebih 380,000 terbunuh manakala jutaan lagi menjadi pelarian tanpa negara di dalam dan di luar negara.

Walaupun nasib pelarian Syria ditangani Turki secara majoritinya, namun ramai lagi yang perlu dibantu yang memerlukan bantuan kecemasan di peringkat komuniti antarabangsa.

Jun tahun lalu, Presiden Recep Tayyip Erdoğan berikrar menaja 50 rumah bata kepada pelarian Syria di Idlib, dan berharap ia dapat disiapkan sebelum musim sejuk tiba.

Kemurahan hati Turki itu turut disokong wanita pertama Ankara, Emine ERdogan yang juga menampung subsidi 57 rumah bata .

Sejak itu, pelbagai agensi kemanusiaan dari Turki menyertai pembinaan rumah bata sebagai salah satu agenda dirangka dalam khidmat kebajikan kepada pelarian Syria.

Sejuk kerana hujan dari atas manakala kesejukan di bawah dari air yang menakung di khemah. Pic : @hayyanfreedom

* Banjir dilalui insan-insan yang dibantu MAPIM baik di dalam dan di luar negara. Kisah ini mengingatkan tazkirah dari sampan oleh Panel Syariah MAPIM, Maulana Helmi kepada mangsa banjir Pahang. Keadaaan yang sama, di Syria mereka hanya ada di khemah, maka sabarlah sekian mereka yang ditimpa musibah.

MAPIM mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk bantuan-bantuan berikut:

– 10,000 kotak bantuan makanan
– 10,000 kit kebersihan diri
– 10,000 kit solat
– Food Truck 500 Makanan Panas untuk petugas dan mangsa (3 kali makan – pagi/tengah hari / malam setiap hari kepada barisan hadapan/ mangsa)
– Double-Decker Mobile Clinic untuk merawat mangsa dan mereka yang memerlukan
– Double-Decker bas membawa 80 aktivis MAPIM
– Pasukan pasca banjir untuk membersihkan kawasan/rumah
– Bantuan lain mengikut keperluan semasa di lapangan

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button