Semasa

Pasar raya Britain hapus tarikh luput susu

LONDON : Menurut akhbar Metro UK, rangkaian pasar raya utama Britain Morrisons telah menyatakan bahawa ia akan menghapuskan tanda tarikh luput daripada kebanyakan barangan minuman susu menjelang akhir bulan ini.

Pihak pengurusan akan menggunakan proses penghiduan konvensional bagi menggantikan label, yang akan dilakukan oleh pengguna sendiri.

‘Ujian bau susu masam’ dilaksanakan bagi mengelakkan pembaziran sehingga empat juta liter susu setiap bulan hasil daripada pematuhan kepada label tarikh luput semasa.

Menurut badan kebajikan Program Tindakan Sisa dan Sumber (WRAP), susu ialah produk makanan atau minuman ketiga paling banyak terbuang di Britain.

“Pendekatan ini adalah yang terbaik kerana ia membolehkan pengguna memilih sama ada susu itu masih elok ataupun tidak.

“Ia tidak pelik, orang dahulu menggunakan teknik bau ini bagi menilai sama ada susu masih boleh diminum ataupun tidak, ” kata Ian Goode,pembeli susu tetap di Morrisons.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button