Paris kuat kuasa larangan perhimpunan sokong Palestin
Pemimpin NGO sokong Palestin ditahan

PARIS : [VIDEO] Pada ketika ribuan masyarakat dunia menyatakan solidariti dan tanda sokongan kepada Palestin, khususnya masyarakat di Gaza yang diserang tanpa henti oleh Israel, Paris pula mengorak langkah sebaliknya.
Berkuatkuasa tengah hari semalam (Khamis) 13 Mei, waktu tempatan Perancis melarang sebarang perhimpunan.
Al Jazeera melaporkan Menteri Dalam Negeri Perancis mengarahkan polis negara itu melarang sebarang protes terhadap tindakan zalim Israel ke atas Gaza.
Gerald Darmanin, dalam satu ciapan di twitter beliau turut mengulangi pendirian Paris yang sama ketika peristiwa serangan pada tahun 2014 yang dirujuk untuk gangguan kepada awam tidak akan dibenarkan.
“Arahan diberi untuk mengawal dan tegas dalam langkah berjaga-jaga. Tiada sebarang protes untuk Palestin dibenarkan” – Menteri Dalam Negeri Perancis
Aktivis telah memanggil orang ramai untuk satu protes diadakan bagi membantah kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin. Bantahan dicadang diadakan hari ini di daerah Barbes di utara Paris.
Bagaimanapun aktivis tidak akan mematuhi larangan itu dan akan tetap meneruskan sokongan mereka.
Ketua Jawatankuasa Keadilan dan Pembebasan, Yasser Louati berkata kepada Al Jazeera sama ada Presiden Emmanuel Macron atau Menteri Dalam Negerinya setuju atau tidak bantahan akan diteruskan.
“Palestin harus diberi hak untuk wujud dan mempertahankan dirinya. Jika mereka bertahan dengan bom dan pembunuhan etnik, kami juga mampu menahan gas pemedih mata dan ditangkap untuk mereka” – Ketua Jawatankuasa Keadilan dan Pembebasan / Yasser Louati
Sementara itu Bertrand Heilbronn, Presiden kepada Persatuan Solidariti Perancis-Palestin, ditahan Rabu lalu. Beliau yang berusia 71 tahun sebelum itu hadir dalam satu mesyuarat bagi menyusun atur tugas seharian. Bagaimanapun Heilbronn diminta datang ke pejabat Kementeria Luar. Sebaik keluar dari kawasan Kementerian berkenaan, beliau dikelilingi pihak polis dan ditangkap.
“Larang berdemonstrasi telah memutuskan kami untuk membuat kesimpulan. Seperti yang sedia maklum, peruntukan ini menyebabkan kebebasan bersuara dan kebebasan awam berada pada tahap berbahaya kepada Perancis. – AFPS
Video dia ditangkap dikongsi oleh salah seorang anggota Parlimen, Elsa Faucillon. Menurut Faucillon, Heilbronn dibawa ke balai polis ketujuh dan digari pada sebuah bangku di balai berkenaan. Selepas disoal siasat, dia kini dalam tahanan pihak polis kerana ingin menganjurkan acara tanda sokongan kepada Palestin.