KepenggunaanSemasa

Pari, yu dijual di Pasar Ikan Borneo itu bukan spesies terancam

KOTA KINABALU: Jabatan Perikanan Sabah mengesahkan bahawa foto ikan pari dan yu untuk dijual yang di muat naik ke facebook Luma Duyung Semporna beberapa hari lalu adalah bukan daripada spesies marin terancam.

Menerusi penelitian awal Jabatan Perikanan Sabah melalui laporan berita dan foto yang diterbitkan dikenalpasti ikan yu itu sebagai bamboo Shark (Chiloscyllium punctatum) dan spesies ini tidak dalam senarai sebagai speseis terancam.

Manakala bagi spesies ikan pari tanduk pula, ianya disahkan bukan dari spesies Mobula birostris atau Mobula alfredi yang tersenarai sebagai spesies terancam sama ada di bawah Akta Perikanan 1985.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, Jabatan Perikanan Sabah sentiasa mengambil langkah yang perlu dan wajar dalam melindungi spesies ikan yang terancam melalui penguatkuasaan Akta Perikanan 1985 dan Akta CITES 2008.

“Sebagai makluman, terdapat lebih kurang 10 jenis pari tanduk (devil ray) dari genus Mobula yang disenaraikan sebagai endangered spesies di bawah Akta CITES 2008.

“Manakala, bagi pari tanduk (Devil Ray) pula ia disahkan bukan daripada spesies Mobula Birostris atau Mobula Alfredi yang tersenarai sebagai spesies teramcam sama ada di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah

Mengulas lanjut, Dr Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, terdapat kira-kira 10 jenis pari tanduk dari Genus Mobula yang disenaraikan sebagai spesies terancam di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam (CITES) 2008.

Ia termasuklah tidak meluluskan lesen khusus kepada mana-mana vessel untuk menangkap ikan yu (Shark fisheries) seperti berlaku di negara lain.

“Jabatan Perikanan juga telah memasukkan `Larangan aktiviti penyiripan ikan yu’ iaitu pemotongan atau pemilikan sirip ikan yu di atas vessel penangkapan ikan sebagai syarat tambahan lesen dan peralatan ikan sejak 25 Februari 2014“.

“Kesalahan dan perlanggaran di bawah Akta Perikanan 1985 (Pengawalan spesies ikan terancam 1999), Seksyen 25(b) boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” tegasnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan mengenai penjualan spesies ikan marin yang disyaki merupakan spesies terancam melibatkan Ikan Yu dan Pari yang dijual di pasar ikan disalah satu daerah di Pantai Timur Sabah kelmarin.

Tambah beliau, pihaknya juga memandang serius terhadap perkara berkenaan sekiranya berlaku aktiviti penjualan menyalahi undang-undang jika dilaporkan.

BACA JUGA
Tolong jangan makan, jangan beli, jangan tangkap ikan ini!

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button