Semasa

Palestin tunda pilihan raya buat pertama kali dalam 15 tahun

Nanti proses undian di Baitulmaqdis

RAMALLAH : Presiden Palestin, Mahmud Abbas hari ini, berkata pilihan raya di negara itu ditangguhkan sehingga ada jaminan bahawa proses undian dapat dilaksanakan di wilayah timur Baitulmaqdis yang dijajah Israel.  Situasi itu menyebabkan pilihan raya Palestin terus tertangguh selepas kali terakhir diadakan pada 2006.

Dalam satu mesyuarat bersama Palestin, Abbas berkata, beliau sudah menggesa komuniti antarabangsa supaya memberi tekanan kepada Israel bagi membolehkan aktiviti kempen dan undian dijalankan di timur Baitulmaqdis yang dijajah Israel sejak 1967.

Abbas officially delays Palestinian elections, blaming Israel | The Times of Israel

“Kami memutuskan untuk menunda pemilihan sehingga ada jaminan di Baitulmuq dan hak rakyat kami di timur Baitulmaqdis untuk menggunakan hak demokrasi mereka,” kata beliau pada pertemuan pemimpin Palestin pada hari Jumaat, mengumumkan penundaan suara lebih lanjut dalam masyarakat yang terakhir surat suara pada tahun 2006.” – Presiden Palestin / Mahmud Abbas

Bagaimanapun, Abbas berkata, undian di wilayah itu tidak dapat dijalankan kerana Israel belum memberi sebarang jaminan menjelang pilihan raya dan pemilihan presiden yang dijadualkan pada 22 Mei dan 31 Julai depan.

Dalam pada itu, rakyat Palestin yang menetap di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang turut ditakluk Israel menyuarakan harapan supaya pilihan raya dapat diadakan bagi memulihkan semula kepincangan dalam sistem politik di negara itu. Pilihan raya itu diadakan selepas satu perjanjian dicapai di antara gerakan Fatah yang diterajui Abbas yang menguasai di Tebing Barat dengan pesaingnya, Hamas yang berkuasa di Semenanjung Gaza.

Kelmarin, Hamas berkata pihaknya menolak sebarang percubaan untuk menangguhkan pilihan raya berkenaan.

Penangguhan itu berisiko menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat Palestin dengan kebanyakan penunjuk perasaan di Ramallah mengecam keputusan Abbas.

“Kami mempunyai kelompok generasi muda yang tidak tahu apa itu pilihan raya. Mereka juga ada hak untuk memilih pemimpin,” – seorang penunjuk perasaan, Tariq Khudairi kepada AFP

Sementara itu, wartawan Palestin yang kerap mengkritik kepemimpinan Abbas, Nadia Harhash, berkata menjadikan Batulmaqdis sebagai alasan untuk menangguhkan pilihan raya bukanlah satu tindakan yang bijak.

Beliau berkata, ia hanya akan memberikan Israel kuasa veto ke atas penduduk Palestin berhubung hak untuk mengundi dan memilih pemimpin.

Untuk rekod, pada pilihan raya parlimen Palestin kali terakhir pada 2006, Hamas menang dan menguasai Gaza. –AFP

***

Nasib Gaza semakin sukar, dihimpit impak Coronavirus menjadikan Gaza terus dicengkam derita membungkam rasa kerana dikawal segala oleh Zionis durjana!


menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau WhatsApp 012-800-2016

 

Related Articles

Back to top button