DuniaSemasa

Palestin tolak kenyataan PM israel terus ceroboh Tebing Barat

RAMALLAH: Pihak berkuasa Palestin menolak kenyataan Perdana Menteri israel, Benjamin Netanyahu, yang mahu meneruskan dasar memperluaskan pencerobohan haram penempatan di Tebing Barat.

Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh, menyatakan perkara itu dalam satu kenyataan akhbar, pada Khamis.

“Netanyahu cuba memutarbelitkan fakta bagi mengelak proses damai dengan rakyat Palestin” tegas Nabil Abu Rudeineh

“Pengumuman itu bercanggah dengan semua resolusi legitimasi antarabangsa, terutamanya Resolusi No. 2334 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan PBB,” kata Nabil Abu Rudeineh.

Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2334 Disember 2016, yang berkaitan dengan penempatan haram israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur, menuntut israel dengan segera dan menghentikan sepenuhnya semua aktiviti penempatan.

Awal hari Rabu, Netanyahu mengumumkan bahawa kerajaannya akan berusaha untuk mengukuhkan penempatan di semua bahagian Tanah haram israel, di Galilee, Negev, Golan dan Tebing Barat.

Kenyataan Netanyahu adalah satu bentuk tindakan usaha pencerobohan yang berbahaya dan akan memberi kesan kepada wilayah itu, tambah Nabil Abu Rudeineh.

israel menduduki Tebing Barat pada 1967 dan sejak itu telah membentuk penempatan haram di atasnya, satu langkah yang dianggap sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan menjadi punca utama konflik panjang antara israel dan Palestin.

BACA JUGA
Gadis Palestin korban terbaharu tentera israel laknatullah

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

www.tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button