DuniaPalestinSemasa

Palestin terus memboikot penahanan rambang tanpa bicara mahkamah Israel

RAMALLAH: Beberapa tahanan Palestin yang ditahan tanpa bicaradi penjara Israel meneruskan tindakan memboikot mahkamah tentera Israel selama 23 hari berturut-turut.

Tindakan tersebut sebagai protes terhadap dasar penahanan tanpa bicara Israel yang dikutuk ramai.

Pada awal tahun ini, kira-kira 500 tahanan Palestin ditahan tanpa bicara, enggan hadir ke sesi peribcaraan mereka.

“Keputusan kami adalah kebebasan, bukan untuk penahanan pentadbiran,” adalah antara tulisan pada kain rentang.

“Kedatangan mereka merupakan sebagai kesinambungan usaha lama bagi menamatkan penahanan tanpa bicara yang tidak adil, diamalkan terhadap rakyat kita oleh pasukan jajahan,” kata seorang tahanan Palestin.

Mereka juga menyatakan bahawa dasar Israel yang tidak adil itu telah dilaksanakan ke atas warga emas, wanita dan kanak-kanak sejak beberapa tahun lalu.

Penahanan tanpa bicara ialah dasar Israel yang membenarkan penahanan secara rambang terhadap tahanan, tanpa perbicaraan atau pertuduhan hanya berdasarkan “bukti rahsia”.

Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak Palestin ditahan di bawah dasar sedemikian.

Kumpulan hak asasi manusia menggambarkan pelaksanaan Israel terhadap amalan itu sebagai ‘sistematik dan sewenang-wenangnya’, sebagai satu bentuk hukuman kolektif, dengan menyatakan bahawa pelaksanaannya merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa, terutamanya berkaitan dengan prinsip perbicaraan adil.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button