SANDTON: Keputusan Mahkamah Perlembagaan Afrika Selatan yang membezakan antara anti-Zionisme dan anti-Semitisme disambut baik oleh Majlis Kebangsaan Palestin (PNC).
“Keputusan itu mewakili kemenangan kepada nilai kebebasan, demokrasi dan keadilan,” kata pengerusi PNC Rawhi Fattouh dalam satu kenyataan.
Beliau berkata keputusan itu mengesahkan “sokongan Afrika Selatan kepada perjuangan rakyat kita menentang apartheid [Israel].”
PNC ialah badan perundangan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
Pada hari Rabu lalu, Mahkamah Perlembagaan Afrika Selatan mengeluarkan keputusan yang menyatakan bahawa kritikan terhadap Zionisme tidak dianggap sebagai kritikan terhadap orang Yahudi.
Kumpulan penentang Palestin, Hamas memuji keputusan mahkamah itu berkata, ia akan menggalakkan pihak berkuasa kehakiman di seluruh dunia untuk “mengambil langkah kehakiman yang sama.”
Afrika Selatan menyokong perjuangan Palestin dengan hubungan diplomatik rasmi yang ditubuhkan pada 1995, setahun selepas tamatnya apartheid.
Ia menurunkan taraf kedutaannya di Tel Aviv pada 2019, kemudian menarik keluar dutanya.
Pada bulan November, kerajaan Afrika Selatan menarik balik sokongannya kepada calon Miss Universe di Israel, berhubung kekejaman negara itu terhadap Palestin.
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today