PalestinSemasa

Palestin minta bantuan Malaysia lawan israel isu pembahagian Al-Aqsa

BAITULMAQDIS: Kebimbangan muncul dalam kalangan penduduk Palestin setelah israel merancang untuk membahagi Masjid Al-Aqsa.

Palestin bagaimanapun ingin meminta bantuan dari Malaysia dan beberapa negara lain untuk menghalang israel daripada meluluskan rang undang-undang terkait masjid Al-Aqsa.

Draf undang-undang yang diusulkan oleh anggota parlimen dari parti Likud, iaitu Amit Halevi, mengusulkan pembahagian Masjid al-Aqsa menjadi dua bahagian.

Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh, memberi amaran kepada israel untuk tidak menyerahkan draf undang-undang tersebut ke parlimen dalam waktu dekat.

Shtayyeh mengatakan bahwa tindakan tersebut hanya akan menimbulkan kemarahan dan ketegangan yang berlebihan di kalangan masyarakat.

Mohammed Shtayyeh, Perdana Menteri Palestin

Beliau juga mendesak negara-negara Arab dan Islam, termasuk Turki dan Indonesia, serta komuniti antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas daripada hanya mengeluarkan pernyataan kecaman.

Mohammed Shtayyeh juga menggesa agar negara-negara tersebut melakukan pembatasan untuk mencegah perubahan apa pun terhadap Masjid al-Aqsa dan menghentikan pencabulan terhadap tapak suci Islam dan Kristen di Baitulmuqaddis.

Kredit infografik Muslim Daily

Draf undang-undang tersebut bertujuan untuk membagi Masjid Al-Aqsa antara pengguna Muslim dan Yahudi.

Dalam draf tersebut, Halevi bercadang memperuntukkan kawasan dari halaman Dome of the Rock hingga sempadan utara Masjid Al-Aqsa kepada penduduk Yahudi.

Penduduk Palestin bimbang rancangan itu akan mengubah konflik politik antara Palestin dan israel menjadi perang agama, yang pada gilirannya dapat menyebabkan keganasan secara meluas di Palestin.

Palestin dan Jordan, yang bertanggungjawab menjaga tapak suci Islam dan Kristen, menentang campur tangan atau sebarang perubahan yang mahu dilakukan oleh israel berkait Masjid al-Aqsa.

Ahmed Al-Ruwaidi, penasihat presiden dalam urusan Baitulmuqadis, mengutuk rancangan tersebut.

Beliau menyebut tindakan itu sebagai cubaan israel untuk mengenakan kawasan ke atas Baitulmuqaddis dan memasukkan sebagian dari Baitulmuqaddis Timur ke dalam wilayah israel.

Menurut Ahmed, rejim israel sedang berusaha mengurangi peranan Palestin di Baitulmuqaddis dengan menyasarkan lembaga dan tokoh serta pengawasan Hashemite terhadap tapak suci Islam dan Kristian.

“Masjid Al-Aqsa adalah tempat suci bagi umat Islam, dan israel harus menghormati peranan Jordan dalam menjaganya,” ujarnya kepada Arab News.

Beliau juga mendakwa Perdana Menteri israel, Benjamin Netanyahu, memberi izin kepada aktivis sayap kanan seperti Itamar Ben-Gvir dan Bezalel Smotrich untuk menyerbu Al-Aqsa dan membuat pernyataan yang berbau perkauman.

“Benjamin menggunakan isu Masjid al-Aqsa untuk kepentingan politik”.

“Malah, jika perang agama meletus, semua orang akan mengalami kesannya,” katanya.

Related Articles

Back to top button