PalestinSemasa

Palestin draf resolusi PBB untuk Israel tamatkan pendudukan

Duta Tetap Palestin ke PBB telah mengemukakan draf pertama resolusi kepada Perhimpunan Agung yang menuntut Israel menghentikan pendudukannya di wilayah Palestin yang diduduki dalam tempoh 12 bulan.

Langkah ini diambil selepas Perhimpunan Agung memberikan hak dan keistimewaan tambahan kepada duta tersebut untuk mengambil bahagian di PBB.

Presiden Perhimpunan Agung PBB, Philemon Yang, mengulangi “nasihat” Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengenai tindakan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.

Yang menekankan bahawa PBB, Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan mempunyai tanggungjawab untuk mengambil langkah-langkah bagi menamatkan pendudukan haram Israel.

Dalam masa yang sama Amerika Syarikat  percaya bahawa perlu ada penyelesaian diplomatik untuk konflik yang sedang berlaku antara Israel dan Hezbolah, kata jurucakap Rumah Putih, Karine Jean-Pierre.

Hezbolah Lebanon berjanji untuk membalas dendam selepas menyalahkan Israel atas letupan bom pada hari Selasa yang mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang dan mencederakan 2,750 orang lagi, termasuk ramai pejuang kumpulan militan tersebut dan utusan Iran ke Beirut.

“Jadi kami terus, kami terus percaya bahawa harus ada penyelesaian diplomatik untuk ini,” kata Jean-Pierre.

SUMBER : TRT World

Related Articles

Back to top button