NEW DELHI: Pakistan memohon bantuan hutang daripada negara-negara kaya kepada negara itu yang terus dilanda banjir besar.
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif berkata perubahan iklim dan infrastruktur lemah adalah antara punca kemusnahan besar akibat banjir selepas hujan monsun yang lebat di Pakistan.
There is primarily one argument I made in my interview with Bloomberg. Given the vast scale & extent of destruction caused by the floods, the rich countries should consider giving debt relief to Pakistan so that we can stand up on our feet. Climate disaster is not of our making.
— Shehbaz Sharif (@CMShehbaz) September 23, 2022
“Berdasarkan skala dan tahap kemusnahan akibat banjir itu, negara-negara kaya wajar mempertimbang memberi bantuan hutang kepada Pakistan supaya negara ini mampu berdikari.
“Malapetaka iklim adalah di luar kawalan kami,” menurut ciapannya di Twitternya.
Dalam pada itu, beliau berkata itu adalah permintaan yang dibuatnya ketika ditemu bual oleh agensi media. Banjir yang belum pernah berlaku sebelum ini turut membuktikan pelepasan karbon oleh negara kaya.
Terdahulu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada bulan ini merayu ‘sokongan kewangan besar dan segera kepada Pakistan’.
Beliau menggesa dunia perlu ‘menghentikan kegilaan yang dilakukan terhadap alam semula jadi’.
Negara Pakistan telah lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.
Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi
Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066
atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016