Pakistan diserang sebuah alat letupan IED
PAKISTAN : Serangan di pusat pemeriksaan keselamatan di wilayah barat Pakistan, telah menyebabkan enam anggota tentera negara itu terbunuh.
Empat anggota keselamatan pula terbunuh akibat alat letupan di daerah Bajaur di barat laut ketika melakukan operasi mencari pada lewat malam.
Menurut kenyataan Al-Jazeera, dua mangsa terbunuh adalah anggota Kor Frontier paramiliter, sementara dua yang lain adalah pegawai polis.
Penyerang yang tidak dikenali turut melakukan serangan dengan meletupkan IED di pusat pemeriksaan keselamatan berhampiran.
Menurut tentera yang bertugas, penyerang mensasarkan pos pemeriksaan keselamatan di daerah Thal di daerah Hangu, sekitar 180km (112 batu) selatan Bajaur dan telah membunuh seorang askar berusia 26 tahun.
Menurut Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR), pasukannya memulakan tindak balas yang pantas dan efektiif kepada pengganas.
Serangan tersebut tidak diakui oleh mana-mana organisasi.
Di daerah barat daya Kech, daerah Punjab, seorang askar terbunuh ketika pengganas melancarkan “serbuan kebakaran” di sebuah pos pemeriksaan keselamatan pada hari Rabu lepas.
Walaupun tiada organisasi yang bertanggungjawab atas kejadian itu, sebuah gerakan pemisah bersenjata etnik Baloch telah mensasarkan tentera kerajaan dan orang awam di Punjab sejak sepuluh tahun lalu.
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM