Semasa

Pahang benarkan operasi pasar pagi, pasar malam

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

KUANTAN : Operasi pasar pagi, pasar malam, jualan but kereta dan pasar minggu bundle di negeri ini dibenarkan beroperasi berkuatkuasa pada Selasa.

Keputusan itu selaras keputusan kerajaan membenarkan operasi aktiviti peniagaan itu pada 16 Ogos lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kebenaran itu bagaimanapun tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurutnya, hanya pelanggan dengan status vaksinasi lengkap yang dibenarkan masuk dan mereka perlu menunjukkan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 sebagai bukti kepada petugas di pintu masuk.

“Waktu operasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari bagi pasar pagi manakala pasar malam dibenarkan bermula jam 3 petang hingga 9 malam.

“Bilangan peniaga dibenarkan hanya 50 peratus daripada kapasiti peniaga sedia ada untuk satu tapak.

“Kebenaran hanya diberikan kepada peniaga makanan, minuman dan komoditi asas sahaja,” katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Wan Rosdy, hanya peniaga yang berdaftar dan mempunyai lesen atau permit sah dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibenarkan.

Sinar  Harian

Related Articles

Back to top button