Semasa

Orang ramai diingatkan berada di rumah – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR : Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menyatakan Covid-19 dan varian-variannya semakin merebak dalam populasi.

Dr Noor Hisham seterusnya mengingatkan orang ramai untuk berada di rumah, mengelakkan perhimpunan keluarga jika mengalami simptom, dan melakukan ujian kendiri RTK Ag serta mendapatkan vaksin secepat mungkin.

“Kita kini mempunyai peralatan dan terpulang kepada kita menggunakannya untuk memperlahankan wabak,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook.

Beliau juga menekankan keperluan bagi mencapai keseimbangan yang betul antara kehidupan dan mata pencarian dalam suasana banjir baru-baru ini dan peningkatan jangkitan Omicron Covid-19.

“Dengan bekerjasama, kita boleh memberi impak yang besar dalam mengawal penularan Covid-19 dan memudahkan usaha pemulihan kita,” tambahnya.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button