DuniaSukan

Olimpik : Gimnas Jerman pertahan pakaian sopan dalam bertanding

Wanita berhak memilih pakaian ikut kehendak mereka

TOKYO : Pasukan gimnastik wanita Jerman mengenakan pakaian sut penuh dalam kelayakan wanita di Olimpik Tokyo sebagai bukti atlet wanita bebas memakai apa sahaja ikut kehendak mereka.

Sarah Voss bersama barisan atlet lain Pauline Schaefer-Betz, Elisabeth Seitz dan Kim Bui memakai sut unitard merah dan putih yang menutup hingga pergelangan kaki pada pembukaan tirai Olimpik, semalam.

Pauline Schaefer-Betz.

Sebahagian daripada mereka turut memakai persalinan tersebut ketika sesi latihan dan menyatakan bahawa hasrat beliau berbuat sedemikian adalah untuk membuat anak muda merasa selamat dalam sukan ini.

Awal tahun ini, pasukan Jerman turut memakai seragam sama ketika kejohanan Eropah dan tindakan mereka mendapat sokongan atlet wanita lain.

Sarah Voss

-AGENSI

Oleh : Nurshazlin Shahrom

 

Related Articles

Back to top button