Semasa

OKU sebelah tangan sara lapan anak

BANTING – Kehilangan sebahagian anggota badan sejak 18 tahun lalu tidak pernah mematahkan semangat Isa Mail, 50 bagi melakukan apa sahaja pekerjaan demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya.

Ketika kejadian, Isa Mail baru berumur 32 tahun bekerja sebagai pemandu jentera mesin pengorek dan telah mengalami kemalangan di tempat kerja beliau.

“Dulu waktu saya normal, saya bekerja bawa jentera mesin pengorek dan selepas itu saya telah mengalami kemalangan  di RTK Limau Manis,” katanya.

Permukaan tanah yang berbukit serta jentera mesin pengorek yang digunakan beliau pada ketika itu telah mengalami masalah teknikal yang menyukarkan lagi keadaan.

Menurut beliau, jentera mesin pengorek terjatuh lalu menghempap badan dan besi padu telah tertusuk di sebelah kiri tangan beliau yang menyebabkan urat serta tulang hancur dan terpaksa dipotong.

Setahun selepas kemalangan, beliau tiada pekerjaan tetapi disokong sepenuhnya daripada segi kewangan oleh majikan beliau walaupun hanya untuk setahun.

Beliau juga memohon kad Orang Kurang Upaya (OKU) dan juga mendapat bantuan dari tempat lain seperti zakat kerajaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan juga ada bantuan mengikut musim seperti puasa atau raya.

Walaupun menerima bantuan dari pelbagai pihak, beliau masih aktif melakukan pekerjaan seperti menjual barang-barang kitar semula akan tetapi masih tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup keluarga beliau

Tambahan pula, baru-baru ini kawasan perumahan beliau telah dilanda banjir dan mengakibatkan kerosakan yang teruk termasuklah kenderaan beliau yang digunakan untuk menjual barang-barang kitar semula.

 

Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

 

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button