DuniaSemasa

OIC, PM Jepun bincang situasi dunia Islam, kerjasama dua hala

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Mesyuarat itu membincangkan situasi di dunia Islam dan isu-isu dalam agenda OIC, terutama mengenai Palestin, perjuangan menentang ekstremisme dan keganasan, keadaan di Afghanistan, wilayah Sahel dan memerangi Islamofobia, kata OIC dalam satu kenyataan pada Ahad (16 Julai).

Kedua-dua pihak juga membincangkan prospek kerjasama antara Jepun dan badan dunia yang dianggotai 57 ahli itu dalam pelbagai bidang serta usaha untuk mengukuhkannya.

Setiausaha Agung itu memuji hubungan baik antara OIC dan Jepun selain menyatakan penghargaannya atas peranan aktif Jepun dalam memastikan keamanan mampan, dialog antara tamadun dan pembangunan di dunia.

Menurut laporan antarabangsa, Kishida tiba di Arab Saudi pada Ahad sempena lawatannya ke Timur Tengah selama tiga hari bagi meningkatkan hubungan dua hala dengan Jepun dan beberapa negara di rantau itu.

BACA JUGA
PBB perlu berbuat lebih banyak, israel mesti dipertanggungjawabkan

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button