OIC kecam serangan Israel terhadap jemaah Al-Aqsa

Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof
BAITULMAQDIS : Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha, mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmaqdis pada Jumaat lepas.
Dalam satu kenyataan, OIC telah mengemukakan sekurang-kurangnya 152 jemaah telah tercedera akibat daripada pencerobohan oleh tentera Israel dan ratusan rakyat Plaestin telah ditangkap.
Mengikut laporan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, pihak paramedik mereka telah merawat seramai 344 rakyat Palestin yang tercedera di Baitulmaqdis dan Tebing Barat.
“Ini merupakan satu peningkatan yang berbahaya, serangan terhadap seluruh negara Islam dan pelanggaran terang-terangan terhadap resolusi dan piagam antarabangsa,” ujar beliau.
Hissein juga menyatakan Israel bersalah kerana menyebabkan jenayah dan kesalahan harian berlaku sedemikian terhadap rakyat Palestin dan wilyah mereka.
OIC menyeru Majlis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memikul tanggungjawab melindungi rakyat Palestin serta tempat-tempat suci Islam.
“Tanggungjawab mereka untuk menghalang serangan Israel pada masa hadapan kerana dapat mencetuskan ekstremisme, perpecahan agama dan ketidakstabilan di rantau ini,” kata beliau dalam kenyataan.
-AGENSI
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia