OIC gesa hentikan keganasan di Kazakhstan
ANKARA : Berikutan bantahan besar terhadap kenaikan harga petrol di Kazakhstan, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa agar keganasan dihentikan.
Menurut Agensi Anadolu, OIC menyuarakan kebimbangan mengenai peristiwa di negara itu dan meratapi berpuluh-puluh orang yang dibunuh dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh pergolakan itu.
Kumpulan itu juga menyuarakan sokongannya terhadap usaha kerajaan Kazakhstan bagi mengekalkan keamanan, keselamatan, dan kestabilan, dan menggesa rakyatnya menahan diri daripada keganasan.
Menurut pasukan keselamatan Kazakhstan, beratus-ratus penunjuk perasaan terbunuh ketika cuba mengambil alih sebuah bangunan kerajaan di Almaty, bandar terbesar di Kazakhstan.
Keadaan di bandar Shymkent, di sempadan Uzbekistan, dan Aktau, di pantai timur Laut Caspian, dikatakan terkawal.
Presiden Kassym-Jomart Tokayev juga mengenakan perintah berkurung ke atas Almaty, di mana puluhan ribu orang membantah.
Pada 2 Januari, protes berlaku di barat Kazakhstan akibat kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG), yang kemudian merebak ke kawasan lain di negara itu.
Bagi menjamin keselamatan awam, perintah darurat telah dikenakan di Almaty dan wilayah Mangystau yang kaya dengan minyak.
Beliau kemudiannya meminta bantuan perikatan tentera yang diketuai Rusia, iaitu Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO), yang bersetuju menghantar pasukan pengaman.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM