InspirasiSemasa

Nurul Ayda penerima Anugerah Khas Kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby

KUALA LUMPUR : Anugerah Khas Kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diwujudkan bagi menghargai graduan yang aktif dalam bidang kesukarelawanan, kepimpinan dan mempunyai sahsiah diri yang cemerlang.

Anugerah ini mendapatkan namanya daripada bekas pelajar UPSI sendiri, iaitu Dr. Ahmad Sani Araby yang dikenali aktif dalam bidang sukarelawanan sama ada dalam negara dan juga antarabangsa. Beliau kini adalah ahli perniagaan yang berjaya tetapi masih aktif dalam dunia sukarelawan dan menjadi Ketua Pegawai Ekskutif MAPIM Malaysia.

Dr. Sani Araby Al Kahery semasa merangka misi bantuan banjir di Pahang.

Untuk Istiadat Konvokesyen kali ke-22 pada tahun ini, anugerah khas itu diberikan kepada Nurul Ayda Yusnira Ramlee dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1, 000.

Pada tahun ini Anugerah Khas Kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby menerima banyak pencalonan dan pemilihan menjadi lebih sukar kerana ramainya pelajar yang berkelayakan.

Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin Timbalan Naib Canselor UPSI bergambar dengan Nurul Ayda Yusnira Ramlee.

Nurul Ayda Yusnira Ramlee sendiri adalah graduan ijazah sarjana muda pengurusan sumber manusia dan mantan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sidang 2017/2018 dan sidang 2018/2019 sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana di UPSI.

Beliau mendapat sokongan penuh ahli Lembaga Pengarah Universiti dan Timbalan Naib Canselor (HEPA) bagi melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat doktor falsafah (PhD) apabila selesai graduasi dalam pengajian sarjana dan kembali berbakti di UPSI

Kejayaan Nurul Ayda turut mendapat perhatian Dato Seri Ahmad Burak, Ahli Lembaga Pengarah UPSI yang memberikannya galakan supaya melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD.

Ini kerana pada masa kini, peluang ke arah itu sudah terbentang luas, dan isu kewangan juga tidak lagi menjadi masalah utama sebab beliau boleh memohon bantuan kewangan.

Menurut Dr. Sani Araby Al Kahery sendiri, “Saya gembira dengan kejayaan saudari Ayda. Ia menjadi bukti bahawa wanita Islam juga mampu setanding dengan lelaki bukan sahaja dalam akademik, juga dalam kepimpinan dan sukarelawanan. Saya mengharapkan beliau menjadi contoh kepada pelajar lain, dan mendoakan kejayaannya pada masa hadapan.”

 

Related Articles

Back to top button