Semasa

New Zealand tangguh pembukaan semula sempadan ekoran varian Omicron

WELLINGTON : Rancangan pembukaan semula sempadan di New Zealand ditangguhkan sehingga akhir Februari tahun depan berikutan kebimbangna penyebaran varian Omicron.

Menteri Hal Ehwal Covid-19, Chris Hipkins, meskipun belum jelas bagaimana kesan Omicron terhadap sistem kesihatan sepenuhnya, keputusan tersebut dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurutnya, keputusan perjalanan tanpa kuarantin yang sepatutnya dibuka untuk warga New Zealand di Australia mulai 16 Januari, turut ditunda sehingga akhir Februari nanti.

“Langkah itu amat bagi menetapkan perubuhan ini agar mereka mempunyai masa untuk mempertimbangkan rancangan mereka walaupun ia akan mengecewakan dan akan menganggu banyak rancangan percutian.

“Semua bukti setakat ini menunjukkan Omicron adalah varian Covid-19 yang paling mudah menular,” katanya.

New Zealand baru saja umumkan kelonggaran sekatan sempadan antarabangsanya yang sepatutnya dilaksanakan mulai Januari ini manakala semua pelancong asing dibenarkan masuk ke negara itu mulai April nanti.

Menerusi keputusan baharu itu, tempoh tinggal di kemudahan kuarantin negeri (MIQ) akan ditingkatkan daripada seminggu kepada 10 hari manakala keperluan ujian sebelum berlepas untuk memasuki negara itu dikurangkan daripada 72 jam kepada 48 jam.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern dilaporkan berkata, keputusan itu diambil bagi membolehkan kerajaan mempunyai lebih masa untuk bersedia menghadapi Omicron.

“Kami melakukan segala yang mampu untuk memastikan kami bersedia,” katanya.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button