PalestinSemasa

 Netanyahu halang gencatan senjata Gaza atas ‘sebab politik’ — Gantz

Bekas menteri perang israel Benny Gantz menuduh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menghalang perjanjian pertukaran tahanan dengan Palestin di Gaza atas “sebab politik.”

Gantz, yang mengetuai Parti Perpaduan Nasional, meletak jawatan Ahad daripada kerajaan darurat, mendakwa bahawa tindakan Netanyahu menghalang kemenangan dalam serangan israel terhadap Gaza.

“Netanyahu telah membuat beberapa keputusan baru-baru ini atas sebab peribadi dan politik,” tambah Gantz, tanpa mengulas lanjut.

“Saya telah cuba selama beberapa bulan untuk mempengaruhi keputusan dalam Kabinet Perang untuk kepentingan israel, tetapi tidak berjaya,” katanya.

Dalam perkembangan yang berlainan, Amerika Syarikat telah mendesak israel untukmenjalankan operasi ‘selaras’ dengan undang-undang antarabangsa.

“israel mesti menjalankan operasi ketenteraannya selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata Jabatan Negara sebagai menjawab soalan wartawan mengenai serbuan berterusan ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki.

“israel, sudah tentu mempunyai hak untuk menjalankan aktiviti menentang keganasan yang sah, tetapi mereka perlu berbuat demikian dengan cara yang konsisten dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata jurucakap Matthew Miller kepada pemberita.

“Mereka perlu berbuat demikian dengan cara yang meminimumkan sebarang bahaya kepada orang awam, dan itulah yang kami harapkan daripada mereka setiap kali mereka menjalankan jenis operasi ini.”

SUMBER : TRT World

 

Related Articles

Back to top button