Covid19Dunia

Nenek 90 tahun, orang pertama terima vaksin Pfizer Covid19

Britain lancar `V-Day' hari ini

LONDON: Seorang nenek berumur 90 tahun, Margaret Keenan, menjadi orang pertama di dunia yang menerima vaksin Pfizer COVID-19.

Suntikan vaksin itu dilakukan di bawah program inokulasi besar-besaran Britain.

Keenan menerima suntikan vaksin itu di sebuah hospital di Coventry, pada jam 6:31 pagi waktu tempatan, Selasa (8 Dis).

Britain mula melancarkan program suntikan vaksin COVID-19 buatan Pfizer dan BioNTech bermula hari ini dalam apa yang dilihat sebagai langkah penting dalam usaha mengatasi COVID-19.

Program suntikan besar-besaran itu dapat dimulakan selepas vaksin buatan syarikat tersebut diluluskan penggunaannya di Britain pada minggu lalu.

Penggunaannya memberi harapan ke arah usaha melawan pandemik COVID-19 yang telah menghancurkan ekonomi.

Malah meragut nyawa lebih 1.5 juta orang, meskipun kaedah penyimpanannya yang harus sangat sejuk dan logistik yang rumit akan membataskan penggunaan vaksin itu buat masa ini.

“Saya rasa amat bertuah kerana menjadi orang pertama yang menerima suntikan vaksin COVID-19,” – Margaret Keenan

“Ini adalah hadiah ulang tahun awal terbaik buat saya kerana saya boleh meluangkan masa bersama keluarga dan rakan lain pada Tahun Baru selepas hampir setahun bersendiri,” tambahnya.

Buat permulaan, pengagihan vaksin itu yang diberi jolokan “V-Day” – akan diedarkan kepada mereka yang berusia lebih 80 tahun serta pekerja berisiko seperti mereka yang tinggal di rumah jagaan, kakitangan kesihatan barisan hadapan dan petugas jagaan sosial.

Mereka akan mendapat suntikan kedua dalam masa 21 hari.

Britain merupakan salah satu negara paling teruk terjejas oleh pandemik COVID-19 dengan mencatat 1.6 juta kes serta 61,000 kematian. – AFP

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button