Pulau Perhentian : Pelancongan adalah nadi ekonomi di Pulau Perhentian. Kedatangan pelancong membuka pintu-pintu rezeki untuk penduduk pulau tersebut.
Namun kedatangan covid-19 membuatkan aktiviti pelancongan lumpuh, dan pintu rezeki mula tertutup. Boleh dikatakan hampir seluruh penduduk di Pulau Perhentian terjejas termasuklah Puan Siti Rosmini binti Yusuf.
Puan Siti Rosmini sudah berusia 49 tahun dan mempunyai seorang anak yang masih bersekolah. Suaminya pula sudah meninggal dunia akibat kencing manis.
Sebelum ini Puan Siti Rosmini membuat cenderamata untuk pelancong dan pendapatan yang diperoleh cukup untuk mereka dua beranak.
Kini dengan ketiadaan pelancong, mata pencarian Siti Rosmini terjejas dan dia terpaksa bergantung harap pada simpanan dan ihsan saudara mara. Beliau juga sedang menunggu kelulusan bantuan zakat dan JKM yang sudah dia pohon.
Sementara menunggu kelulusan, beliau terpaksa hidup dengan apa yang ada.
“Makan apa yang ada sahaja,” kata Puan Siti Rosmini dengan suara yang sayu.
Nama beliau termasuk dalam senarai penerima bantuan Misi Panggilan Pulau yang diusahakan oleh MAPIM Malaysia dengan kerjasama erat APM dan sokongan kerajaan Negeri Terengganu.
Semasa petugas MAPIM Malaysia menghulurkan kotak bantuan kepada beliau, beliau sangat terharu dan berterima kasih. Walaupun ia bukan bantuan yang akan dapat menyelesaikan masalah beliau, tetapi ia adalah bantuan yang dapat meringankan sedikit beban yang beliau tanggung.
Dalam hal yang berkaitan, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia mengulas,
“Kehilangan punca pendapatan adalah sesuatu yang sangat serius. Ramai yang terjejas bukan sahaja daripada segi ekonomi, tetapi juga emosi. Inilah yang kami sangat khuatirkan. Sekiranya ia sudah mengganggu emosi dan mental, akan ada banyak perkara yang tidak kita ingini boleh berlaku. Atas sebab itulah Misi Panggilan Pulau ini kita laksanakan. Bagi meringankan beban mereka. Namun, masih ada ramai lagi di luar sana yang perlukan bantuan kita, jadi saya merayu agar rakyat Malaysia terus menyumbang supaya lebih ramai yang dapat dibantu.”
MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038