Nasib golongan asnaf di Bukit Beruntung dapat perhatian MAPIM
RAWANG : Kira-kira sebulan lebih dari sekarang, tahun 2021 akan sampai ke penghujungnya, dan kesan pandemik covid-19 masih sangat terasa. Lantaran itu pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) giat meneruskan kerja-kerja pengagihan bantuan kepada mereka yang terkesan.
Nasib golongan asnaf yang terkandas di kala pandemik Covid-19 ini mendapat perhatian MAPIM, justeru MAPIM hadir menyantuni dan menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka.
MAPIM telah ke kawasan Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung bagi menyampaikan pek bekalan makanan sebagai tanda keprihatinan terhadap mereka yang kurang bernasib baik.
Menurut Setiausaha Agung MAPIM, Mejar (PA) Bersekutu Mejar Zulhanis Zainol, sebanyak 50 kotak telah diagihkan disertakan sekali bersama dengan sehelai sejadah.
“Objektif MAPIM adalah untuk menyantuni masyarakat yang mungkin rasa diri mereka terpinggir, sentiasa dalam keresahan dan kesukaran untuk kelangsungan hidup. Golongan seperti mereka ini haruslah diberi perhatian, walaupun kita rasa bantuan kita hanya kecil sahaja, namun bagi mereka ini sudah cukup besar dan mampu ukir senyuman pada wajah mereka,” katanya.
Sementara itu, pengerusi penduduk kawasan terbabit, Ustaz Mustafa Junatal Abdullah tidak putus-putus mengucapkan ucapan terima kasih kepada pihak MAPIM yang sudi datang bukan hanya sekadar memberi bantuan, malah meluangkan masa bertanyakan khabar.
“Kami selalu juga dengar berita MAPIM selalu turun padang agih bantuan pek makanan kepada masyarakat yang memerlukan hampir ke seluruh Malaysia, jadi kami berbesar hati melihat kehadiran MAPIM, rata-rata ramai rasa teruja.
“Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian, kami hanya mampu doakan kesejahteraan dan semoga semua ahli MAPIM diberkati Tuhan,” katanya.
Oleh Hafeez Anuar
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038