DuniaSemasa

Nama ibu negara baru Indonesia – ‘Nusantara’

JAKARTA : Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional (Indonesia) Suharso Monoarfa memaklumkan, ibu kota baru Indonesia di Kalimantan Timur akan diberi nama “Nusantara”.

Suharso memaklumkan perkara tersebut dalam mesyuarat Panitia Khusus Rancangan Undang-Undang Ibu Kota Negara (RUU IKN) dengan kerajaan di Kompleks Parlimen, Jakarta.

“Ini saya baru mendapatkan konfirmasi dan perintah langsung daripada Presiden pada hari Jumaat. Jadi sekarang hari Isnin, hari Jumaat lalu beliau mengatakan ibu kota negara ini Nusantara,” kata Suharso.

Suharso berkata, nama ibu kota tersebut awalnya mahu dimasukkan ke dalam RUU IKN, tetapi tunda sebelum akhirnya diberikan pengesahan oleh Presiden Joko Widodo.

Nama Nusantara dipilih kerana nama tersebut sudah dikenal sejak zaman dahulu dan ikonik di dunia antarabangsa.

“Mudah dan menggambarkan kenusantaraan kita semua, Republik Indonesia,” kata Suharso.

Kerajaan Indonesia sudah merancang memindahkan ibu negara, dari Jakarta ke Kalimantan dan pembangunan ibu negara tersebut sedang berjalan.

Related Articles

Back to top button