PalestinSemasa

Nakbah Walk: Solidariti untuk Palestin bergema di Universiti Malaya

KUALA LUMPUR: Nakbah Walk yang diadakan di Universiti Malaya semalam telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelbagai kaum dan agama.

Acara ini dianjurkan oleh BDS (Boikot, Divestasi, dan Sanksi) atau Gerakan Boikot, Penjualan dan Sekatan, serta Persatuan Mahasiswa Islam UM sebagai usaha menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin.

Nakbah Walk ini memulakan perjalanan dari UM Central dan berakhir di Dewan Tunku Canselor dengan jarak perjalanan sejauh 2.5 kilometer.

Acara ini menarik perhatian apabila ramai pengguna jalan raya menunjukkan sokongan dengan membunyikan hon ketika melihat plakad yang tertulis, “bunyikan hon kalau anda sokong Palestin”.

Tindakan ini menunjukkan kesedaran mengenai isu Palestin semakin meningkat dalam kalangan masyarakat.

Peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum, memperlihatkan bahawa solidariti terhadap rakyat Palestin adalah perjuangan bersama.

Salah seorang peserta, Krish, berkongsi pandangannya mengenai isu Palestin.

“Saya telah berkongsi dengan kawan-kawan saya bahawa isu Palestin bukanlah isu agama, tetapi isu kemanusiaan,” katanya.

Penegasan ini memperlihatkan bahawa semangat peserta Nakbah Walk adalah untuk memperjuangkan hak asasi manusia dan keadilan bagi rakyat Palestin, tanpa mengira agama atau latar belakang etnik.

Turut hadir dalam acara itu adalah My Aqsa Defender (MyAD) bagi menunjukkan komitmen mereka dalam menyokong penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi konflik di Palestin.

Melalui acara seperti Nakbah Walk, kesedaran dan solidariti terhadap rakyat Palestin dapat diperkukuhkan, dan suara mereka dapat didengari oleh masyarakat antarabangsa.

Solidariti yang diperlihatkan oleh peserta daripada pelbagai latar belakang adalah bukti bahawa keadilan dan keamanan adalah aspirasi bersama.

Related Articles

Back to top button