PalestinSemasa

MyAqsa Defenders Lancar Gelombang Mega #IsraelCuak

Oleh : Sabhan

Bangi : MyAqsa Defenders (MyAD) telah melancarkan Gelombang Mega #IsraelCuak sebagai sokongan kepada Operasi Taufan Al-Quds yang dilancarkan oleh HAMAS pada Sabtu, 7 Oktober 2023.

Dari kiri, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin CEO GLOBAL PEACE MALAYSIA, (Dr.) Ahmad Sani Bin Dato’ Abdul Alim Araby CEO MAPIM MALAYSIA, Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman CEO CINTA GAZA MALAYSIA dan Ahmad Musa Al-Nuwayri Bin Kamaruzaman CEO CINTA SYRIA MALAYSIA.

Sidang Media pelancaran Gelombang Mega #israelcuak ini telah berlangsung  di Ummah Hall, Wisma MAPIM Malaysia.  Antara pimpinan NGO gabungan yang hadir pada majlis itu ialah; (Dr.) Ahmad Sani Bin Dato’ Abdul Alim Araby CEO MAPIM MALAYSIA, Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman CEO CINTA GAZA MALAYSIA, Ahmad Musa Al Nuwayri bin Kamaruzaman CEO CINTA SYRIA MALAYSIA dan Ahmad Fahmi Mohd Samsudin CEO GLOBAL PEACE MALAYSIA.

“Pihak MyAqsa Defender selepas melancarkan #IsraelKoyak, kita akan melancarkan bermula esok hari selama 100 jam untuk online live secara berterusan. Kita menjemput semua rakyat malaysia tidak kira bangsa, ideologi dan agama untuk mengikuti live yang dipenuhi live, forum berkaitan perkembangan terkini daripada MyAqsa Defender.” – (Dr.) Ahmad Sani Bin Dato’ Abdul Alim Araby CEO MAPIM MALAYSIA

Dalam sidang media itu juga (Dr.) Sani Araby Al Kahery CEO MAPIM Malaysia memaklumkan MyAqsa Defenders telah membuka Command Centre yang akan beroperasi 24 jam untuk melaporkan berita dari lapangan kepada rakyat Malaysia. Mereka juga merancang program berimpak tinggi di peringkat nasional untuk menggerakkan sokongan masyarakat Malaysia terhadap perjuangan pembebasan bumi Al-Quds.

MyAqsa Defenders ialah gabungan 19 NGO bertujuan untuk memberikan pandangan tentang keadaan semasa di Palestin, selain memberikan penerangan kepada orang ramai dan meningkatkan kesedaran tentang isu Palestin. Gabungan ini juga merangkumi individu-individu berpengaruh dan asatizah yang sangat prihatin terhadap isu-isu yang berlaku di Palestin.

Gelombang #IsraelCuak telah bermula di media sosial hari ini dengan sokongan padu lebih dari 5 juta pendukung MyAqsa Defenders, pimpinan NGO, dan aktivis masyarakat. Mereka berharap gelombang kebangkitan ini akan membantu meningkatkan kesedaran dan tindakan dalam membawa isu pembebasan bumi Palestin ke peringkat yang lebih tinggi.

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa sehingga kini, 413 rakyat Palestin telah syahid, termasuk 78 kanak-kanak, dan 2,300 lainnya cedera dengan pelbagai kecederaan.

Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman CEO CINTA GAZA MALAYSIA memulakan sidang media dengan memaklumkan situasi terkini di Palestin

Related Articles

Back to top button