JANDARIS : Beratus-ratus keluarga yang kehilangan tempat tinggal apabila dua gempa bumi melanda Turkiye dan Syria terpaksa tidur di khemah dalam keadaan musim sejuk yang teruk di Jandaris, sebuah bandar di barat laut Syria yang dikuasai penentang.
Banyak rumah di bandar itu runtuh dan bangunan kediaman lain hancur dalam gempa Isnin lalu, menyebabkan penduduk melarikan diri ke tanah lapang.
“Kanak-kanak ini tidak melakukan apa-apa kesalahan untuk hidup dalam keadaan ini atau menanggung kebimbangan yang jauh lebih besar daripada usia mereka,” kata Samaher Rashid, seorang ibu berusia 47 tahun kepada 10 anak, yang kesemuanya terselamat daripada gempa bumi.
Rescuing 5 civilians and recovering the bodies of 6 others who were trapped among the rubble of destroyed houses in the city of #Idlib on the first day of the earthquake, Monday 6 February.#Syria #earthquake pic.twitter.com/7TR2HhQMH3
— The White Helmets (@SyriaCivilDef) February 10, 2023
Keluarga itu telah berlindung di dalam khemah di padang di luar bandar.
Jumlah kematian di Turkiye dan Syria meningkat melebihi 25,000 pada hari Sabtu. Sekurang-kurangnya 21,848 kematian telah disahkan di Turkiye dan 3,553 di Syria. Pihak berkuasa berkata mereka menjangkakan angka kematian akan terus meningkat ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan.
“For the first time, I felt weak, I wasn't able to do enough. Suhaib did not emerge from under the rubble, nor did his companion’s heart rejoice.”
Volunteer Dahhouk comforts a child waiting for his friend's body to be pulled recovered in the village of Azmarin, NW #Syria Feb 8. pic.twitter.com/xfZ99QBkeg— The White Helmets (@SyriaCivilDef) February 10, 2023
Pertahanan Awam Syria, melaporkan bahawa operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di Jandaris. Seramai 513 orang telah terbunuh di sana dan 813 orang yang cedera telah diselamatkan dari bawah runtuhan.
Sekurang-kurangnya 870,000 orang memerlukan makanan segera di kedua-dua negara selepas gempa bumi.
MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia