PalestinSemasa

Munir Rajabi kini bebas setelah 20 tahun di penjara

HEBRON: Pihak berkuasa pendudukan israel menghantar pulang bekas tahanan Palestin, Munir Rajabi, yang dibebaskan selepas 20 tahun di penjara israel.

Rajabi dihantar pulang dari Haifa, tempat tinggalnya sebelum dipenjarakan ke bandar Hebron di Tebing Barat yang diduduki.

Persatuan Banduan Palestin (PPS) berkata pasukan tentera israel mengiringi Rajabi dalam perjalanan dari Penjara Naqab ke Hebron, di mana dia dihantar pulang sejurus selepas dibebaskan.

Rajabi, yang memegang status penduduk Baitulmaqdis, telah ditangkap pada 2003, dan dijatuhi hukuman penjara 20 tahun.

Status pemastautinnya telah dibatalkan oleh pihak berkuasa pendudukan israel pada 2019.

Lebih 4,400 tahanan Palestin kini sedang menjalani hukuman penjara di israel kerana penyertaan mereka dalam penentangan pendudukan israel di tanah air mereka.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button