HiburanSemasa

Mundey Kampung Dey: Filem Punjabi pertama di Malaysia

PETALING: Mundey Kampung Dey merupakan filem teater Punjabi yang pertama di Malaysia yang menerapkan budaya Punjabi dan nilai kemasyarakatan yang majmuk di Malaysia.

Filem ini telah menyempurnakan tayangan perdana dengan jayanya pada Khamis bertempat di MBO cinema Atria Damansara bersama barisan pelakon, tenaga kerja dan juga rakan media.

Mundey Kampung Dey merupakan sebuah karya anak Malaysia iaitu Mansher Singh dan dibintangi oleh pelakon-pelakon yang berbakat seperti Anwar Beg Moghal, Hemant Shergill dan ramai lagi.

Filem ini mengisahkan tiga sekawan yang terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mencari pekerjaan dan pendapatan lebih. Namun dalam keadaan yang susah, mereka masih membantu orang di luar sana yang dalam kesusahkan serta memerlukan bantuan tidak kira bangsa dan juga agama.

Tambahan lagi, filem ini juga banyak mempamerkan nilai-nilai murni dan pengajaran kepada penonton-penonton yang hadir bagi menyaksikan filem ini.

Filem Mundey Kampung Dey ini dapat memberi inspirasi kepada mereka di luar sana mengenai betapa pentingnya untuk terus menjadi seorang yang baik dan jujur walau di mana sahaja berada.

Filem ini akan mula ditayangkan pada 15 Disember 2022 ini di pawagam yang terpilih.

Related Articles

Back to top button