Kelmarin DBKL mengumumkan semua kedai runcit, kedai serbaneka dan ubat tradisional Cina tidak dibenarkan menjual arak kecuali bagi tujuan ubatan tradisional.
Menurut DBKL dalam Garis Panduan Lesen Minuman Keras, berkuat kuasa tarikh yang sama, tiada lagi lesen baharu minuman beralkohol yang memabukkan (LMK) dibenarkan diperbaharui untuk semua kedai runcit, kedai serbaneka dan ubat Cina.
“Jenis LMK dan premis yang dibenarkan adalah secara borong, gudang, stor, rumah kedai dan kompleks perdagangan.
Keputusan tersebut bagaimanapun dipersoalkan oleh beberapa pihak antaranya Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan yang juga ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.
Menurut Kok Wai, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk memohon agar garis panduan baharu itu ditarik balik.
Katanya, peraturan baru itu melanggar hak orang bukan Islam untuk mengamalkan budaya mereka, yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Memetik laporan MalaysiaKini, katanya, peraturan baharu itu “anti-perniagaan” dan yang menjadi korban adalah peniaga yang mematuhi undang-undang dan membayar cukai. – MalaysiaGazette