`Muhammad’ nama pilihan utama untuk bayi lelaki Britain, lima tahun berturut-turut
Nama Lily dan Muhammad dinobatkan sebagai nama bayi paling popular yang dipilih oleh penduduk Britain untuk anak mereka pada 2021, lapor akhbar Daily Mail, semalam.
Laman web keibubapaan Baby Center mendedahkan Lily telah menaikkan carta nama bayi perempuan ke tempat teratas di Britain selepas menjadi nama yang dipilih oleh Putera Harry dan Meghan Markle untuk anak kedua mereka.
Duke dan Duchess of Sussex menamakan anak perempuan pertama mereka, Lilibet untuk menghormati nama panggilan mesra Ratu Elizabeth II.
Lily menewaskan dua lagi nama kegemaran rakyat Britain seperti Olivia dan Sophia untuk tempat teratas.
Sementara itu, bagi kategor bayi lelaki, nama Muhammad kekal di tempat pertama untuk tahun kelima berturut-turut sementara Noah merangkul tempat kedua dan Oliver menduduki tempat ketiga. – Agensi