KerohanianPendidikanSemasa

Mufti Negeri Perlis menjawab fitnah Wadi Anuar

Oleh: Wartawan Pelatih, Azrina Amri 

Jabatan Mufti Negeri Perlis dalam satu kenyataan media petang tadi telah memberikan penjelasan tentang video yang tular di media sosial baru-baru ini mengenai peraturan sujud dalam solat iaitu dengan mendahului tangan sebelum lutut ketika hendak sujud.

Potongan video itu disampaikan oleh penceramah yang dikenali sebagai Wadi Anuar dan menunjukkan nama Negeri Perlis sebagai ulasan, malah penceramah tersebut menyatakan perbuatan mendahulukan tangan sebelum lutut ketika hendak sujud merupakan perkara yang tidak dilakukan oleh Mazhab Syafie.

Oleh itu, bagi menjawab pertuduhan itu, Mufti Negeri Perlis dalam kenyataan menegaskan bahawa tiada peraturan seperti itu dikeluarkan di negeri tersebut.

Dalam video tersebut, ada menunjukkan Negeri Perlis dan ia merupakan satu tuduhan jahat yang tidak berasas.

Tambahnya lagi, jika ada mana-mana penceramah yang mengeluarkan pendapat berhubung perkara tersebut, ia bukanlah peraturan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri ini.

Turut menjelaskan, penceramah awam bukanlah mewakili pihak berkuasa agama, sekiranya berlaku perkara yang bercanggah dan boleh menimbulkan permusuhan sesama Islam tanpa alasan yang sah, maka ia tidak sepatutnya dijadikan isu.

Bagi mengelakkan perkara ini berulang, Jabatan Mufti menyeru agar umat Islam berhati-hati dengan sesetengah penceramah yang bersifat suka menfitnah, membuat cerita bohong untuk menimbulkan kebencian dan salah sangka dalam kalangan sesama Islam.

Justeru itu, dalam bulan Ramadan yang mulia ini, masyarakat Islam perlu berwaspada dalam menyampaikan llmu agama agar tidak termasuk dalam golongan al-nammam iaitu pembawa api permusuhan dan kebencian sesama muslim.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button