SemasaSukan

‘Morocco King’ rai kemenangan dengan ibu di padang

Rakaman pemain Maghribi, Achraf Hakimi bersama ibu hype di media sosial

DOHA: Detik bersejarah Maghribi berjaya menyingkirkan Sepanyol pada Rabu telah ditonton secara live bukan sahaja di Stadium Education City malah oleh seluruh peminat bola sepak di dunia.

Mencuri tumpuan, adalah ketika pemain bola sepak Maghribi, Achraf Hakimi terus mendapatkan ibunya yang ketika itu dalam kerumunan penonton di stadium untuk meraikan kemenangan bersama-sama.

“Ibu saya mengambil upah mengemas rumah, ayah hanya menjaja di tepi jalan. Kami keluarga sederhana dan mereka berdua berjuang setiap hari untuk menyara saya adik-beradik. Hari ini, saya berjuang setiap hari untuk mereka berdua kerana mereka telah mengorbankan segalanya untuk saya”, kata Achraf Hakimi yang turut digelar ‘Morocco King’ oleh peminat bola sepak Maghribi.

Pasukan Maghribi pada Rabu mencipta sejarah terbaharu dengan mara ke pentas suku akhir Piala Dunia 2022 dengan menewaskan antara gergasi bola sepak Eropah, Sepanyol 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat seri tanpa jaringan pada pusingan 16 pasukan terbaik.

BACA JUGA
Piala Dunia: Maghribi singkir Sepanyol dalam penentuan penalti

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button