Semasa

Mohamad Affendi terima Anugerah Green Endorsement seminggu sebelum kejadian

BUTTERWORTH : Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam insiden pesawat pejuang Hawk terhempas merupakan penerima Anugerah Green Endorsement seminggu sebelum kejadian.

 

Berdasarkan laporan di portal rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), anugerah tersebut diberikan sebagai pengiktirafan kerana berjaya melakukan tindakan serta merta dengan selamat dan membolehkan pesawat berhenti dengan selamat tanpa kemudaratan.

Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Tentera Udara Diraja Malaysia (AITUDM) Tahun 2021 telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM yang bertempat di Auditorium AWC, Pangkalan Udara Subang.

 

Ia menjadi acara tahunan inovasi yang sangat berprestij dalam kalendar program TUDM yang dikelolakan oleh Inspektorat TUDM selaku Sekretariat Inovasi TUDM.

 

Mohamad Affendi meninggal dunia dalam dalam insiden yang berlaku pada jam 10:07 malam ketika sedang menjalankan latihan penerbangan (Night Flying).

Jenazah Kapten Mohamad Affendi turut dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasat pagi ini.

 

Dalam pada itu, pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga memaklumkan mereka akan menjalankan siasatan secara terperinci terutamanya dalam aspek teknikal berhubung kejadian tersebut.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button