KesihatanSemasa

‘Mobile Clinic’ mudahkan rakyat dapat rawatan kesihatan percuma

Komuniti Wangsa Maju bersyukur ada pihak anjur klinik bergerak

KUALA LUMPUR : Kewujudan Mobile Clinic hasil kerjasama MAIWP dan MAPIM Malaysia memberi kelegaan  buat komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Maju.

Kemudahan perkhidmatan rawatan secara percuma yang dikendalikan oleh barisan petugas kesihatan banyak membantu penduduk.

 

Program Mobile Clinic yang sudah pun beroperasi selama dua hari di PPR Wangsa Maju ini mendapat sokongan dan kehadiran sangat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Fadzilah Latib, 38, menzahirkan kesyukuran apabila pihak penganjur sudi meneruskan program perkhidmatan rawatan secara  percuma di kawasan perumahannya selama dua hari berturut-turut.

Sekaligus, memberi ruang dan peluang kepada penduduk yang tidak sempat menjalankan rawatan pada hari pertama.

“Alhamdulillah, saya merasa sangat selesa dan seronok ketika hadir ke program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ini.

“Semalam saya tak sempat untuk hadir, syukur sangat hari ini masih ada. Layanan dan rawatan yang diberikan sangat baik seolah berada di  Klinik Swasta. Terima kasih banyak-banyak.” katanya ketika ditemu bual UmmahToday.

Mobile Clinic atau Klinik bergerak yang beroperasi bermula jam 10 pagi ini dibanjiri rata-rata pesakit yang tidak kira muda mahupun tua.

Selain itu, pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa turut dialu-alukan untuk mendapatkan  rawatan kesihatan.

Related Articles

Back to top button