Semasa

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM teruskan komitmen jaga kesihatan warga kota

KUALA LUMPUR – Mobile Clinic MAIWP-MAPIM meneruskan program pemeriksaan kesihataan percuma  di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Jalan Sekilau, Taman Ikhsan, Kuala Lumpur. Program yang bersifat menyantuni warga kota sudah memasuki tahun keduanya pada tahun ini.

Antara pesakit yang hadir adalah, Zaitun binti Ujang yang mendapatkan rawatan kencing manis daripada Dr. Kamarudin bin Isa. Apabila ditanya mengenai maklum balas perkhidmatan Mobile Clinic, beliau dengan teruja menjawab, “Makcik sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Senang! Dekat dengan rumah.”

Manakala warga emas, Zahid bin Yaakub dirawat oleh Dr. Raja Nurfazeerah binti Raja Abdul Rahman bagi masalah kolesterol.

Aziz bin Daud, seorang warga emas yang menghadapi masalah sakit sendi dan kesukaran mengangkat tangan kiri serta infeksi pada ibu jari, dirawat oleh Dr. Siti Hajar binti Abdul Aziz.

Setelah selesai rawatan, beliau mengungkapkan, “Alhamdulillah! Pakcik dah selesai rawatan. Perkhidmatan terbaik! Moga asbab rawatan ini pakcik dapat kesembuhan.”

Program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ini mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat dan diharapkan dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang.

 

Related Articles

Back to top button