Semasa

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM : Terima sambutan hangat dari kariah masjid

KUALA LUMPUR – Sebelum Mobile Clinic MAIWP-MAPIM dibuka, kaunter pendaftaran sudah dipenuhi pesakit yang menanti untuk mendapatkan rawatan. Dimaklumkan, selepas subuh lagi ramai yang telah menunggu kehadiran klinik bergerak ini.

 

En Moslim bin Aziz, Pengerusi Masjid Azzubair Ibn Awwam, Jalan Sekilau, Taman Ikhsan mengalu-alukan penganjuran lebih kerap program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM.

Menurut beliau, “Ini merupakan tahun kedua Mobile Clinic MAIWP-MAPIM hadir memberikan perkhidmatan perubatan percuma. Program ini memberi manfaat besar kepada kariah dan patut diteruskan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas perkhidmatan terbaik Mobile Clinic kerana kebanyakan kariah yang hadir adalah kumpulan B40 yang kurang kemampuan. Saya dengan tangan terbuka mengalukan lagi kehadiran Mobile Clinic MAIWP-MAPIM di masa akan datang!”

Salah seorang pesakit, Mohamed Arifin bin Abdul Samad, yang merupakan pesara, telah mendapatkan rawatan untuk masalah lutut daripada Dr. Siti Hajar binti Abdul Aziz. Beliau menyatakan, “Alhamdulillah, pakcik sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan insyaAllah pakcik akan makan ubat mengikut nasihat doktor. Terima kasih Mobile Clinic MAIWP-MAPIM atas perkhidmatan terbaik yang diberikan.”

Faridah binti Ahmad, yang menghadapi masalah kolesterol, telah menerima rawatan daripada Dr. Kamarudin bin Isa. Beliau juga menyatakan kepuasan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh Mobile Clinic MAIWP-MAPIM.

Seorang lagi pesakit, Fauziah binti Marjoned, sangat teruja untuk menerima rawatan daripada Dr. Kamarudin bin Isa. Beliau menyatakan, “Saya sangat berpuas hati dengan rawatan terperinci yang telah diberikan serta nasihat kesihatan yang panjang lebar dan terbaik.”

Program ini jelas menunjukkan kepentingan perkhidmatan perubatan bergerak dalam membantu masyarakat yang memerlukan, terutamanya golongan B40. Mobile Clinic MAIWP-MAPIM telah memberikan impak yang positif dan diharapkan akan terus berkhidmat untuk kesejahteraan masyarakat.

Related Articles

Back to top button