DomestikKemanusiaanKesihatanSemasa

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM Terima Penghargaan

Program Mobile Clinic anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan usaha sama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menerima penghargaan daripada Masjid Al Mubarakah, Taman Bukit Cheras.

Turut hadir bersama, Pegawai Tadbir Agama Jabatan Agama Islam Wliayah Persekutuan (JAWI) Encik Mohd Arif  bin Abdul Samat, yang turut sama-sama meraikan Program Mobile Clinic ini.

Dalam majlis yang serba ringkas, beliau memberikan penghargaan berbentuk cenderahati kepada MAIWP dan MAPIM selaku organisasi yang menjayakan program ini.

Menurutnya, program pemeriksaan kesihatan percuma yang dianjurkan oleh Mobile Clinic ini disambut baik oleh komuniti setempat.

Pada masa yang sama, beliau menyokong program seperti ini diteruskan supaya dapat memberi manfaat kepada  lebih ramai penduduk terutamanya golongan asnaf.

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada MAPIM dan MAIWP atas program yang mesra masyarakat seperti ini.

“Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana beribu manfaat yang boleh diperolehi daripada Program Mobile Clinic,” katanya.

Program Mobile Clinici MAIWP – MAPIM akan diteruskan di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan. Bagi yang berminat boleh hubungi MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038.

 

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button