KUALA LUMPUR: Program Mobile Clinic Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan usaha sama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sekali lagi mencatat kehadiran penduduk yang tinggi pada hari pertama di PPR Kg Baru Ayer Panas, hari ini.
Sejumlah 50 lebih pesakit yang datang bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan setakat sebelum tengah hari, manakala mencecah sebanyak 51 pesakit pada waktu petang.
Secara keseluruhannya, program Mobile Clinic MAIWP mencatat seramai 101 pesakit yang datang turun membuat pemeriksaan kesihatan setakat hari ini.
Menurut AJK Persatuan PPR Kg Baru Ayer Panas, Che Rosni Abu Bakar, 54, berkata perlaksanaan program seperti ini sangat memberi impak yang positif dan cukup berkesan kepada penduduk, terutamanya warga emas yang kurang kudrat untuk keluar pergi ke klinik yang berjauhan dengan rumah mereka.
Pelbagai jenis kaum diberikan rawatan serta pemeriksaan kesihatan yang teliti, selain mendapat perubatan secara percuma.
Kebiasaannya, jumlah pesakit tidak ramai sebelum menjelang tengah hari, namun ia kian meningkat selepas keberadaan program Mobile Clinic MAIWP makin mendapat perhatian dan diketahui para penduduk.
Petugas dan sukarelawan dari MAPIM Malaysia, Mahsa Universiti, Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan (MediCom) dan Pusrawi International College Malaysia (PICOMS) turut bersama membantu mengurus pesakit-pesakit yang hadir.
Mobile Clinic MAIWP-MAPIM akan meneruskan lagi khidmat perubatan dan rawatan ke kawasan-kawasan perumahan lain bagi menyantuni dan memberi pemeriksaan kesihatan kepada penduduk terutamanya golongan asnaf.
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today