PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah mengadakan program bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM bertapak di Surau Darul Hidayah, PPRT Lembah Subang pada Selasa.
Program ini dihadiri lebih 100 orang pesakit yang mendapatkan rawatan daripada dua orang doktor dan juga lapan orang sukarelawan.
Pengunjung yang hadir terdiri daripada warga emas, remaja dan kanak-kanak.
Menurut Nur Hasanah , 65, salah seorang pesakit di situ, dia sangat berpuas hati dengan rawatan yang diberikan kerana tidak perlu beratur panjang. Petugas dan sukarelawan yang ada juga memberikan layanan yang sangat memuaskan.
“Program seperti ini sangat bagus diadakan di sini dan juga tempat-tempat yang lain kerana pesakit tidak perlu mengeluarkan duit dan ia sangat sesuai bagi masyarakat B40 di sini,” tambahnya lagi.
Program bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM akan terus bergerak bagi menyantuni masyarakat di tempat-tempat lain pada setiap minggu dan memberikan khidmat pemeriksaan serta ubat-ubatan secara percuma kepada mereka yang memerlukan.
Bagi anda yang ingin menjemput dan mengadakan program bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ke kawasan anda, boleh hubungi MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038.
BACA JUGA
Aktivis MAPIM bertindak segera bantu ummah di Bangi Lama